Kuala Lumpur, December 13, 2021 – Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat . Satu kajian mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad. Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP ( Brighter Future with TOP ) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekola...