Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

Kempen Kembali ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Menyokong Kehidupan 200 Kanak-Kanak Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR)

Sebahagian besar keluarga di Malaysia tidak sabar menantikan bermulanya tahun baru persekolahan dengan melengkapkan anak-anak mereka dengan barangan keperluan sekolah serba baru sebagai motivasi untuk mencapai kecemerlangan, khususnya di peringkat pendidikan rendah. Namun, bagi keluarga miskin bandar, sesi baru persekolahan juga bermakna perbelanjaan yang amat tinggi. Walaupun peratusan masyarakat miskin bandar adalah rendah, iaitu 3.8%,  Malaysia mempunyai kadar urbanisasi terpantas di Asia Tenggara dengan 77.9% daripada 32.4 juta penduduknya menetap di kawasan bandar.  Ini bermaksud hampir 960,000 penghuni bandar hidup dalam kemiskinan. Kebanyakan daripada golongan miskin bandar menetap di flat-flat kos rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang padat dengan kemudahan asas yang terhad. Perumahan PPR juga sering dikaitkan dengan masalah penyalahgunaan dadah dan alkohol, jenayah dan kecurian serta keganasan rumahtangga dan penderaan, seterusnya mendedahkan penghuni dalam keadaan yang be