Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Cinta UniTen vs Cinta UIAM

Kisah kami :  Ummi tuliskan coretan kisah cinta kami setelah 7 tahun melayari bahtera ini.. Cinta UniTen vs Cinta UIAM  Cinta UniTen : Universiti Tenaga Nasional, Bangi (suami) Cinta UIAM : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak Pertengahan tahun dan pertengahan bulan. Cukup 7 tahun dari 2013 hingga 2020. 15 Jun 2013.. alhamdulillah selamat di ijab kabul menjadi sebagai suami isteri di usia yang muda. Ummi berumur 21 tahun dan suami berumur 24 tahun pada masa tersebut. Sebab apa ummi memilih untuk berkahwin muda?  Sebab Allah dah tentukan jodoh ummi berkahwin awal dan ummi rasa sangat tenang apabila ada orang yang menjaga ummi semasa belajar di uni kerana mak & ayah jauh di kampung. Mak & ayah juga sangat sporting dan bersetuju dengan keputusan ummi untuk kahwin awal semasa belajar. Dan ummi berjanji pada mak & ayah walau apa pun rintangan selepas berkahwin ummi tetap akan habiskan belajar dan akan menggapai segulung ijazah dari UIAM Gombak. Ummi kahwin muda semasa