Skip to main content

Cinta UniTen vs Cinta UIAM


Kisah kami : 

Ummi tuliskan coretan kisah cinta kami setelah 7 tahun melayari bahtera ini..

Cinta UniTen vs Cinta UIAM 

Cinta UniTen : Universiti Tenaga Nasional, Bangi (suami)
Cinta UIAM : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

Pertengahan tahun dan pertengahan bulan. Cukup 7 tahun dari 2013 hingga 2020.
15 Jun 2013.. alhamdulillah selamat di ijab kabul menjadi sebagai suami isteri di usia yang muda.
Ummi berumur 21 tahun dan suami berumur 24 tahun pada masa tersebut.

Sebab apa ummi memilih untuk berkahwin muda? 
Sebab Allah dah tentukan jodoh ummi berkahwin awal dan ummi rasa sangat tenang apabila ada orang yang menjaga ummi semasa belajar di uni kerana mak & ayah jauh di kampung.
Mak & ayah juga sangat sporting dan bersetuju dengan keputusan ummi untuk kahwin awal semasa belajar.
Dan ummi berjanji pada mak & ayah walau apa pun rintangan selepas berkahwin ummi tetap akan habiskan belajar dan akan menggapai segulung ijazah dari UIAM Gombak.

Ummi kahwin muda semasa belajar lagi sudah bergelar seorang isteri dan seorang pelajar universiti. Suami pula sudah bekerja, rezeki selepas beliau graduated tahun 2012 dan konvo terus dapat kerja..alhamdulillah..

Kami berkenalan dalam beberapa bulan sahaja, berbincang dan ambil keputusan untuk menjadi pasangan yang halal. Kenal semasa bermula dari universiti. Ummi berasal dari utara dan suami berasal dari pantai timur.

Kami berlainan negeri dan berlainan universiti, Allah sudah tentukan jodoh kami walaupun dalam jarak yang jauh.
Jauh perjalanan, luas pemandangan..haha
Bagaimana permulaan perkenalan, biarlah menjadi rahsia istimewa untuk kami simpan sebagai kenangan terindah..hehe

Selama 4 tahun kami honeymoon, sebab ummi masih belajar dan perlu fokus pada pelajaran. Alhamdulillah suami sangat memahami dan sangat sabar menunggu untuk menimbang cahaya mata selepas kahwin. Masa tu perlu abaikan setiap pertanyaan orang lain apabila bertanya tentang anak dan alasannya memang ummi masih belajar..hehe

Ummi tinggal di mahallah (asrama) semasa hari weekdays sebab nak hadiri kelas di UIAM. Dan suami pula tinggal di rumah sewa di Bangi, ummi akan pulang ke rumah apabila hari weekend atau public holiday atau cuti semester untuk menunaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri. Begitu lah kehidupan selama hampir 4 tahun berkahwin.

Semasa masuk tahun ke 4 perkahwinan dan semester akhir di uni, ummi pregnant anak sulung ( iaitu Husna) dan konvo selepas Husna sudah lahir. 
Ummi selalu doa nak anak selepas konvo dan Allah makbulkan. 
Semasa konvo, ummi baru je habis pantang bersalinkan Husna.. 
Alhamdulillah rezeki ambil gambar konvo bersama suami dan anak tercinta di samping mak dan ayah.





Sebenarnya tak mudah, bergelar seorang pelajar disamping menjadi seorang isteri. Alhamdulillah, dengan semangat dan sokongan dari suami, ummi hadapi dengan penuh tenang setiap cabaran yang datang..hehe



Selama 7 tahun perkahwinan kami, pencapaian yang ummi sangat bangga pada suami adalah beliau sudah memiliki 2 buah rumah atas nama beliau sendiri pada usia sebelum 30 tahun. Sebuah rumah kami sewakan pada orang untuk investment dan sebuah rumah lagi kami duduk sendiri, rumah sekarang.

Semoga kami dapat memiliki harta dunia akhirat yang diberkati oleh Allah untuk kehidupan ini.

Semoga perkahwinan kami sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan rezeki selalu..amiin.



Terus bercinta hingga ke Syurga ❤

Alhamdulillah atas segalanya 😍

Terima kasih yang sudi baca 😀

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ultra Wide Neck Baby Bottle - He or She

First impression when unboxing this amazing bottle is that its nipple is 100% silicone, soft, flexible and designed for optical compression (like mother's teat for breastfeeding baby). We also could adjust the flow of the teat as the needle is provided to extend the teat's width. ( S flow to X flow) Futhermore, it is made from silicone with antibacterial material and BPA free . Easy to use, easy to wash and easy to feed baby to drink milk or water 👍🏻 It is very suitable for newborn baby to start learning to drink milk with baby bottle. Since the teat is definitely like mom's teat, a baby won't be confused when drinking the mom's milk from this bottle. Husna really enjoys this bottle till she could sleep by herself while drinking from this bottle. Now, it helps me a lot to make sure she could sleep without mom's teat. For new moms that are looking for new bottle for your baby, must try this amazing bottle. Use code : UMMI5 ...

Percutian ke Hatyai Thailand

Husna dah ready nak ke Hatyai Hatyai trip Februari 2019  Menaiki train dari Padang Besar ke Hatyai Sebelum cop Thailand imegresen, wajib cop borang menyatakan tujuan masuk Thai dengan details tempat tinggal disana (wajib ada pen sendiri untuk senang isi borang) Train ke Hatyai : 50 baht seorang dewasa (kanak-kanak percuma) Tuktuk uncle Phie Boon : bagusnya uncle ni dia boleh bercakap dalam English Hari Pertama 600 bath (11 pagi - 10 malam) Hari kedua 1000 baht untuk satu hari (8 pagi - 10 malam) Hari ketiga 200 bath (12 t/hr - 3 ptg) Uncle Phie Boon (baju biru ye) Kami call dan booking Uncle Boon sebelum naik train dan dia berjanji akan tunggu kami di stesen Hatyai. Simcard Thailand kami beli semasa menunggu train di stesen keretapi Padang Besar. Sampai di Thailand lebih kurang pukul 11.50 (waktu Thai) Simcard Thai (boleh dibeli di stesen keretapi Padang Besar, minta dia masukkan dan register terus. Valid 3-4 hari unlimited data) Transport kami a...

Percutian di I-City Shah Alam

Pada 1 Januari 2019 jatuh pada hari Selasa dan Negeri Selangor juga cuti umum pada hari tersebut. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk bercuti sambil menyambut tahun baru 2019. Kami mengambil keputusan untuk staycation di Shah Alam. Suami saya telah menempah sebuah rumah di I-Suite berdekatan I-City untuk kami bermalam sambil menyambut malam tahun baru. I-Suite : pemandangan dari dalam rumah sangat cantik Husna dan Didi tiada terpisah :D Husna boleh main bola lagi dalam rumah ini Rumah yang sangat luas dan sangat selesa. Pada waktu petang, kami berjalan-jalan sekitar I-Suite kerana ada taman yang cantik. Pelbagai taman yang bertema seperti tema Harry Potter dan sebagainya. I-Suite ini memang tempat yang sangat sesuai untuk percutian keluarga disambil menikmati pelbagai pemandangan yang cantik dan boleh bergambar untuk kenangan. I-Suite cantik sangat bangunan ini kan Antara taman di I-Suite Taman Unta kot yang ni..haha Taman LOVE..pali...