Skip to main content

Cinta UniTen vs Cinta UIAM


Kisah kami : 

Ummi tuliskan coretan kisah cinta kami setelah 7 tahun melayari bahtera ini..

Cinta UniTen vs Cinta UIAM 

Cinta UniTen : Universiti Tenaga Nasional, Bangi (suami)
Cinta UIAM : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

Pertengahan tahun dan pertengahan bulan. Cukup 7 tahun dari 2013 hingga 2020.
15 Jun 2013.. alhamdulillah selamat di ijab kabul menjadi sebagai suami isteri di usia yang muda.
Ummi berumur 21 tahun dan suami berumur 24 tahun pada masa tersebut.

Sebab apa ummi memilih untuk berkahwin muda? 
Sebab Allah dah tentukan jodoh ummi berkahwin awal dan ummi rasa sangat tenang apabila ada orang yang menjaga ummi semasa belajar di uni kerana mak & ayah jauh di kampung.
Mak & ayah juga sangat sporting dan bersetuju dengan keputusan ummi untuk kahwin awal semasa belajar.
Dan ummi berjanji pada mak & ayah walau apa pun rintangan selepas berkahwin ummi tetap akan habiskan belajar dan akan menggapai segulung ijazah dari UIAM Gombak.

Ummi kahwin muda semasa belajar lagi sudah bergelar seorang isteri dan seorang pelajar universiti. Suami pula sudah bekerja, rezeki selepas beliau graduated tahun 2012 dan konvo terus dapat kerja..alhamdulillah..

Kami berkenalan dalam beberapa bulan sahaja, berbincang dan ambil keputusan untuk menjadi pasangan yang halal. Kenal semasa bermula dari universiti. Ummi berasal dari utara dan suami berasal dari pantai timur.

Kami berlainan negeri dan berlainan universiti, Allah sudah tentukan jodoh kami walaupun dalam jarak yang jauh.
Jauh perjalanan, luas pemandangan..haha
Bagaimana permulaan perkenalan, biarlah menjadi rahsia istimewa untuk kami simpan sebagai kenangan terindah..hehe

Selama 4 tahun kami honeymoon, sebab ummi masih belajar dan perlu fokus pada pelajaran. Alhamdulillah suami sangat memahami dan sangat sabar menunggu untuk menimbang cahaya mata selepas kahwin. Masa tu perlu abaikan setiap pertanyaan orang lain apabila bertanya tentang anak dan alasannya memang ummi masih belajar..hehe

Ummi tinggal di mahallah (asrama) semasa hari weekdays sebab nak hadiri kelas di UIAM. Dan suami pula tinggal di rumah sewa di Bangi, ummi akan pulang ke rumah apabila hari weekend atau public holiday atau cuti semester untuk menunaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri. Begitu lah kehidupan selama hampir 4 tahun berkahwin.

Semasa masuk tahun ke 4 perkahwinan dan semester akhir di uni, ummi pregnant anak sulung ( iaitu Husna) dan konvo selepas Husna sudah lahir. 
Ummi selalu doa nak anak selepas konvo dan Allah makbulkan. 
Semasa konvo, ummi baru je habis pantang bersalinkan Husna.. 
Alhamdulillah rezeki ambil gambar konvo bersama suami dan anak tercinta di samping mak dan ayah.





Sebenarnya tak mudah, bergelar seorang pelajar disamping menjadi seorang isteri. Alhamdulillah, dengan semangat dan sokongan dari suami, ummi hadapi dengan penuh tenang setiap cabaran yang datang..hehe



Selama 7 tahun perkahwinan kami, pencapaian yang ummi sangat bangga pada suami adalah beliau sudah memiliki 2 buah rumah atas nama beliau sendiri pada usia sebelum 30 tahun. Sebuah rumah kami sewakan pada orang untuk investment dan sebuah rumah lagi kami duduk sendiri, rumah sekarang.

Semoga kami dapat memiliki harta dunia akhirat yang diberkati oleh Allah untuk kehidupan ini.

Semoga perkahwinan kami sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan rezeki selalu..amiin.



Terus bercinta hingga ke Syurga ❤

Alhamdulillah atas segalanya 😍

Terima kasih yang sudi baca 😀

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Palmer’s Cocoa Butter Formula Creamy Cleanser & Makeup Remover

An unconventional cleanser product. Face cleansing is synonymously  associated with women. I have been using more than ten cleansing products for the past eleven to twelve years. What I could tell now that this one is dissimilar with hundreds of face cleansing products out there! Palmer's Cocoa Butter Formula Creamy Cleanser & Makeup Remover keeps the face moist with its no-foam formula. It cleans deeply and helps keeping my skin face fresh. I take this cleanser to workplace. Upon having wudhu to pray, using this cleanser certainly refresh the face skin and remove any makeup abscess without leaving it dry. After a tiring day at work, back home, cleaning up the face before sleeping is a good practice. It is a time saver as it removes any make-up while cleaning deep down the face. The smell? Oh I feel like licking it as it smells good, food-grade good since literally the Cocoa Butter is on my face. My hubby also loves to use it 😁 A beautifully crea...

Life Factor® OXXYPHENOLICS™ CLENSUP®

As a mum and wife, I need to be always healthy and stronger to manage my family. Life Factor OXXYPHENOLICS CLENSUP helps me to stay healthy everyday. It is remarkably nutritious, high in fibre and have 3 Billions of Probiotic cultures making my stomach consistently cleaned up from unhealthy elements in the body. I don't have to worry about it because it is clinically-tested ingredients from France and Canada. It is also suitable for men and women in all ages. It is really easy to bring along in my bag, to anywhere since it is in sachet forms, can be consumed one sachet daily. I could just mix one sachet with 200ml of cold water and drink instantly. I regularly drink it after each meal to clean up my stomach, making me healthier each and every day. Life Factor® OXXYPHENOLICS™ CLENSUP®  is a Mediterranean Polyphenol Concentrate with Probiotics. With an  ORAC value of more than 35,000, it contains 3 billion probiotics and antioxidant polyphenols that have an...

Jom shopping online sekarang di PGMall MEGA 8.8

Hai mommies, hari ini ummi nak share satu platform shopping online ➡️ PGMall iaitu nombor satu Local E-commerce platform yang sudah wujud sejak 2017 dan menduduki tempat ketiga dalam pilihan shopping online di Malaysia. Yang best lagi, PGMall ni telah tersenarai dan menduduki tempat ketiga di Iprice insight report.  Buktinya korang boleh rujuk link ni ➡️  https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/. Selain itu, transaksi untuk pembelian juga sangat mudah kerana PGMall juga boleh dibuat pembayaran secara e wallet dan payment gateway.    🥳 MEGA 8.8. PRE SALE 🥳   Nak tahu tak! bermula 3 - 7 Ogos 2020 PG Mall ada buat MEGA 8.8. PRE SALE , anda boleh nikmati diskaun dengan harga serendah RM8. Sebanyak RM5 diskaun untuk pembelian minimum RM38 untuk pengguna baru dan diskaun RM15 pembelian minimum RM88 untuk semua pengguna yang shopping di PGMall.   Boleh layari website PGMall di link ni (bermula pada hari PRE SALE tersebut!!!)  ⬇️  https://pgma...