Skip to main content

Percutian ke Hatyai Thailand


Husna dah ready nak ke Hatyai

Hatyai trip Februari 2019 

Menaiki train dari Padang Besar ke Hatyai

Sebelum cop Thailand imegresen, wajib cop borang menyatakan tujuan masuk Thai dengan details tempat tinggal disana (wajib ada pen sendiri untuk senang isi borang)
Train ke Hatyai : 50 baht seorang dewasa (kanak-kanak percuma)
Tuktuk uncle Phie Boon : bagusnya uncle ni dia boleh bercakap dalam English

  • Hari Pertama 600 bath (11 pagi - 10 malam)
  • Hari kedua 1000 baht untuk satu hari (8 pagi - 10 malam)
  • Hari ketiga 200 bath (12 t/hr - 3 ptg)
Uncle Phie Boon (baju biru ye)

Kami call dan booking Uncle Boon sebelum naik train dan dia berjanji akan tunggu kami di stesen Hatyai. Simcard Thailand kami beli semasa menunggu train di stesen keretapi Padang Besar. Sampai di Thailand lebih kurang pukul 11.50 (waktu Thai)

Simcard Thai (boleh dibeli di stesen keretapi Padang Besar, minta dia masukkan dan register terus. Valid 3-4 hari unlimited data)

Transport kami adalah tuk tuk yang dibawa oleh Uncle Boon sepanjang berada di Hatyai.
Dia yang akan ambil dan hantar kami dari hotel ke tempat2 yang akan dilawati.
Uncle Boon sangat bagus orangnya dan sabar melayan kerenah kami yang ramai dan ada kanak-kanak.
tiket kereta api ke Thai


Stesen Keretapi Padang Besar


Makan : banyak makanan halal yang kami cuba di floating market dan asean night market
Kedai Makan Khaled orang Muslim di pekan Hatyai. Makanan sedap dan harga berpatutan.

7 eleven : wajib pergi kalau ke Hatyai (beli meiji banana milk dan coffee arabus)
Simcard : 240 baht (Dtac)
Hotel AC Sport Centre : Rm 160/malam (1 bilik dan kami booking 3 bilik di Agoda) Hotel ini jauh sikit dari pekan hatyai ke hotel dalam 4km tapi hotel ini sangat bagus sebab biliknya sangat besar, ada swimming pool dan free breakfast. Sesuai untuk yang nak merasa duduk di Hotel tapi suasana kampung, jauh daripada kesesakan bandar.
Banyak makanan halal tak perlu risau disana banyak orang Muslim dan kami memang niat nak makan pelbagai makanan dan berjalan sambil melihat negara orang.

Dalam keretapi



Khamis (7/2/2019)
7.00 am : bertolak ke padang besar dari rumah mak (di Kangar).
8.30 am : sarapan / beli tiket ke hatyai dan check in imigresen thailand/ malaysia
Disebabkan CNY ramai sangat orang, sepatutnya train bertolak pkul 9.30 am tapi train tetap tunggu sehingga semua orang habis check in di imigresen dan masuk ke dalam train.
11.30 am : bertolak ke hatyai
12.30 pm (waktu Malaysia), 11.30 am (waktu Thai) : sampai hatyai
Sampai di stesen Hatyai, Uncle Boon sudah tunggu kami di depan train. Uncle terus bawa kami naik tuktuk dan menuju ke kedai makan muslim untuk menjamu selera makan tengah hari. Kedai makan Khaled.
1.00 pm (Waktu Thai): pergi ke Big Bee Garden. Sampai di sana terus kena masuk bilik taklimat untuk mengenali lebah dan khasiat lebah serta produk yang dijual.
Kami membeli Propolis dan susu dari lebah yang banyak khasiatnya.
Harganya memang mahal tetapi susah didapati di Malaysia.





Propolis BigBee

2.30 pm : check in hotel dan berehat dahulu sebelum berjalan lagi waktu malam.
Suasana dari balkoni bilik AC Sport Centre

Ada swimming pool (wajib pakai baju renang kalau nak mandi)

Ada Gym, Badminton & Tennis Court, Boxing Centre (Percuma untuk yang tinggal di Hotel)

Boleh pilih jenis katil, 2 super single atau 1 King



6.00pm : Uncle Boon datang mengambil kami di hotel dan membawa kami ke asean night market.
Kami pergi mencari makanan dahulu untuk isi perut sebelum berjalan2 . Udang galah yang besar menjadi tarikan kami dengan harga 200 baht untuk 5 ekor udang yang sangat besar. Puas hati makan dengan harga yang dijual.

200 Bath

Selepas makan terus pergi berjalan-jalan. Kebetulan ada 7E dan kami terus masuk serta membeli kopi Arabus dan Meiji untuk mencuba. Shopping sakan di 7E bukan di Asean night market.haha

7E Thai


Susu Banana Meiji & Kopi Arabus

Teapot dalam tube & Almond Milk (tanpa gula)

Almond Milk kesukaan Husna

10.00 pm : balik ke hotel
Uncle Boon menghantar kami semula ke hotel.

Jumaat (8/2/2019) 
7.00 am : breakfast di hotel
8.00 am : bertolak ke Nora Plaza.Pelbagai barangan kulit dan baju-baju design Thailand dijual disini. Kami membeli baju t-shirt yang sama untuk satu keluarga. Beli 5 helai percuma sehelai dan harga amat berpatutan
9.00 am : bertolak ke Magic Museum.kami hanya ambil gambar diluar sahaja (kalau nak masuk dalam 400 bath/person dewasa, 300 bath/person kanak-kanak)
Breakfast di AC Sport Center


Nora Plaza

9.30 am : gerak ke Chang Puak Champ di Hatyai untuk melihat gajah dan anak gajah.Pelbagai haiwan lagi ada disini seperti biri-biri.

Ada pelbagai aktiviti disini, memanah, ATV (500 bath), naik gajah (500 bath).

Sampai disini, ada jurukamera yang akan mengambil gambar kita dan akan di print nanti. Kalau rasa berkenan boleh beli gambar sekali dengan 3D frame dengan harga 200 baht/ frame. Kalau tak nak beli pon ok dorang tak akan paksa untuk kita beli.

Nak naik gajah 500bath/person


bergambar dengan anak gajah 100 bath/person



Boleh beli pisang 100 bath untuk bagi makan gajah

frame 3D

11.00 am : bergerak ke Songkla dan melawat Sleeping Buddha Island
Disini hanya jalan2 dan ambil gambar sambil melihat tasik dengan tiupan angin.
Buddha lena



12.00 pm : Pergi ke Tugu Dragon dan hanya mengambil gambar sahaja. Lepas itu terus ke Shamila Beach

Naga (Dragon) yang keluarkan air - macam singa singapore 

Disini ada Mermaid batu untuk bergambar tapi disebabkan cuaca yang panas sangat kami hanya mengambil gambar dari jauh sahaja. Kami mendapat info bahawa patung batu Mermaid tiada kepala disebabkan angin dan air yang kuat baru-baru ini menyebabkan kepala mermaid patah.

1.30 pm : makan dekat kedai muslim di Shamila Beach. Tomyam dan masakan dia sedap gila dan harga berpatutan.


Kucing & Tikus di Shamila Beach


2.30 pm : bertolak ke Masjid Songkhla. Kami berhenti solat dan berehat sekejap di masjid. Uncle Boon tetap tunggu kami di parking masjid di bawah bangunan.
Uncle Boon bukan Muslim ye tetapi dia sangat hormat kami sebagai Muslim. Dia bawa kami ke kedai makanan halal dan bertanya waktu untuk kami solat.
Masjid Songhkla

Depan Masjid

4.00 pm : bertolak dari Songkhla ke Hatyai dengan menaiki tuktuk. Mengambil masa sejam juga. Kami terus ke Floating Market tempat yang paling popular dan saat yang kami tunggu untuk mencuba pelbagai makanan .

Floating market hanya dibuka pada hari Jumaat- Ahad (4 pm - 7 pm)
Sampai disana terus menuju ke floating market dan mencari makanan yang sedap dan murah.memang betul sangat murah dan sedap dan kami dapat menikmati makanan dengan selesa kerana disediakan kerusi kayu.

Menurut uncle Boon, makanan disini dijual oleh 80% orang Islam.
Floating Market



Air dalam bekas unique 

Kebanyakan berharga 10-40 bath sahaja

Punya ramai Rakyat Malaysia disini, kami hanya bercakap dalam bahasa melayu sepanjang di Floating Market

ada tempat makan

dijual oleh orang Islam, insya-Allah halal

7.00 pm : bertolak ke pekan Hatyai, Lee Garden Night Market.
Kami berjalan2 disini untuk menghabiskan masa-masa terakhir di Hatyai bersama keluarga sambil melihat negara orang.
9.00 pm : pulang ke hotel dan berehat dengan tenang.

Sabtu (9/2/2019)
7.00 am : makan breakfast di hotel
9.00 am : bawa kanak-kanak mandi di swimming pool.
12.00 pm : check out dan pergi makan tengah hari di kedai Khaled.
Untuk perjalanan balik dari Hatyai ke Malaysia kami memilih untuk menaiki van yang khas ditempah dengan harga 1500 baht (lepas nego, asal 1600 bath). Van datang ambil kami pada pkul 2.00 pm di Hatyai dan terus bertolak ke Malaysia.
Kami sampai di Padang Besar pada pkul 4.00 pm waktu Malaysia.
Van balik Malaysia



Sepanjang perjalanan, kami hanya berehat di dalam van kerana kepenatan berjalan..haha
Untuk pengetahuan, Waktu thailand lewat sejam dari waktu Malaysia.. di atas adalah waktu thailand

Kami pergi 11 orang, 7 dewasa dan 4 kanak-kanak..
Misi kami hanya mencari MAKAN dan melawat tempat2 menarik di Hatyai dan Songhkla disamping mengeratkan silaturahim keluarga.

Travel dengan anak kecil banyak dugaannnya. yang penting kerjasama dan bersabar dengan kerenah anak kecil.  ok ke tak kalau naik train jawapan saya.. ok je.. tapi pastikan anak- anak di jaga elok jangan bagi anak-anak keluarkan kepala/ tangan luar tingkap. Seeloknya bagi anak duduk setempat.
Tak booking tuktuk pun tak apa. Nanti turun train ada tuktuk banyak dekat luar. Boleh nego harga sendiri dengan pemandu tuk tuk.
Kalau nak booking tuktuk boleh call 
Uncle Boon : +0864833533 ( sila call /sms in English. Tiada Whatsapp)

Better bawak duit lebih bila tengok makanan jadi rambang mata .Kalau bawa duit malaysia pun tak apa sampai sana banyak money changer.
Suami saya siap buat international banking untuk persediaan di sana kalau tetiba tak cukup duit (boleh daftar di mesin ATM Maybank (VISA Plus) sebelum bertolak ke luar negara). Tujuannya untuk mengambil duit dari mesin ATM di Thailand (ada cas 240 bath/ transaction)

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Hatyai dan Songhkla tetapi masa kami terhad dan membawa ramai kanak-kanak. Kami hanya pergi ke tempat-tempat yang sempat kami singgah dan sesuai dengan kanak-kanak.
Percutian kami ini bertujuan bercuti sambil mengeratkan silaturahim antara kami adik beradik di dalam keluarga.
Tulisan dan pengalaman saya ini bukan untuk percutian bajet ye dan semoga pengalaman saya ini dapat membantu anda semua yang bakal bercuti ke Hatyai pada masa akan datang.



Terima kasih kepada yang sudi baca.

Comments

  1. Jom ke HATYAI 6-9 DEC 2019 !!!!!! Hanya RM299/pax termasuk transport + hotel + tour guide + travel insurance. Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Jom ke HATYAI dari KL 13 – 16 Mac 2020 !!!!!! Hanya RM299/pax termasuk transport + hotel + tour guide + travel insurance ✈ Untuk full itinerary boleh ws di no 018-9581995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

    https://www.instagram.com/pakejmuslimtravel/?hl=en

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian di I-City Shah Alam

Pada 1 Januari 2019 jatuh pada hari Selasa dan Negeri Selangor juga cuti umum pada hari tersebut. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk bercuti sambil menyambut tahun baru 2019. Kami mengambil keputusan untuk staycation di Shah Alam. Suami saya telah menempah sebuah rumah di I-Suite berdekatan I-City untuk kami bermalam sambil menyambut malam tahun baru. I-Suite : pemandangan dari dalam rumah sangat cantik Husna dan Didi tiada terpisah :D Husna boleh main bola lagi dalam rumah ini Rumah yang sangat luas dan sangat selesa. Pada waktu petang, kami berjalan-jalan sekitar I-Suite kerana ada taman yang cantik. Pelbagai taman yang bertema seperti tema Harry Potter dan sebagainya. I-Suite ini memang tempat yang sangat sesuai untuk percutian keluarga disambil menikmati pelbagai pemandangan yang cantik dan boleh bergambar untuk kenangan. I-Suite cantik sangat bangunan ini kan Antara taman di I-Suite Taman Unta kot yang ni..haha Taman LOVE..pali

Ultra Wide Neck Baby Bottle - He or She

First impression when unboxing this amazing bottle is that its nipple is 100% silicone, soft, flexible and designed for optical compression (like mother's teat for breastfeeding baby). We also could adjust the flow of the teat as the needle is provided to extend the teat's width. ( S flow to X flow) Futhermore, it is made from silicone with antibacterial material and BPA free . Easy to use, easy to wash and easy to feed baby to drink milk or water 👍🏻 It is very suitable for newborn baby to start learning to drink milk with baby bottle. Since the teat is definitely like mom's teat, a baby won't be confused when drinking the mom's milk from this bottle. Husna really enjoys this bottle till she could sleep by herself while drinking from this bottle. Now, it helps me a lot to make sure she could sleep without mom's teat. For new moms that are looking for new bottle for your baby, must try this amazing bottle. Use code : UMMI5