Shapee adalah salah satu produk dari Malaysia yang melengkapkan barang keperluan untuk semua ibu bermula dari hamil , bersalin , berpantang dan semasa saat penyusuan bayi. Ummi juga telah mencuba produk dari Shapee dan sangat berpuas hati dari segi material dan kualiti produk mereka dengan harga yang berpatutan untuk semua ibu. Sebagai seorang ibu kepada Husna yang telah berjaya menyusukan Husna selama 2 tahun, ummi sangat berbangga dapat menyusukan anak secara penyusuan susu ibu sepenuhnya. Produk Shapee juga banyak membantu ummi untuk penyusuan ini. Nursing Bra dan Nursing pad adalah produk dari Shapee yang ummi telah gunakan. Review Nursing pad boleh baca disini : Shapee Disposable Nursing Pad Sijil Penghargaan Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya dari Shapee Produk dari Shapee yang ummi telah pakai dan akan pakai selepas bersalin nanti Kini, usia kehamilan kedua ummi sudah memasuki trimester ketiga dan ummi sudah memakai nursing bra dari Shapee untuk persiapan penyusuan ...