Skip to main content

Shapee Melengkapkan Keperluan Ibu Menyusu

 Shapee adalah salah satu produk dari Malaysia yang melengkapkan barang keperluan untuk semua ibu bermula dari hamil , bersalin , berpantang dan semasa saat penyusuan bayi. Ummi juga telah mencuba produk dari Shapee dan sangat berpuas hati dari segi material dan kualiti produk mereka dengan harga yang berpatutan untuk semua ibu.

Sebagai seorang ibu kepada Husna yang telah berjaya menyusukan Husna selama 2 tahun, ummi sangat berbangga dapat menyusukan anak secara penyusuan susu ibu sepenuhnya. Produk Shapee juga banyak membantu ummi untuk penyusuan ini. Nursing Bra dan Nursing pad adalah produk dari Shapee yang ummi telah gunakan. Review Nursing pad boleh baca disini : Shapee Disposable Nursing Pad




 

Sijil Penghargaan Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya dari Shapee



Produk dari Shapee yang ummi telah pakai dan akan pakai selepas bersalin nanti 



Kini, usia kehamilan kedua ummi sudah memasuki trimester ketiga dan ummi sudah memakai nursing bra dari Shapee untuk persiapan penyusuan bayi yang bakal lahir. Nursing bra Shapee mempunyai pelbagai design dan warna. Ummi memakai jenis Classic Seamless Nursing Bra Shapee semasa hamil ini dan akan memakainya setelah bayi lahir nanti untuk memudahkan saat penyusuan dengan bayi.

Jom baca apa kelebihan Classic Seamless Nursing Bra Shapee ini :

Warna Green adalah pilihan ummi :D





Nursing Bra Shapee semestinya mempunyai klip dibahu kiri dan kanan. Jika ummi menyusukan bayi selepas bersalin nanti, ianya amat memudahkan dan mempercepatkan proses penyusuan semasa bayi lapar untuk menyusu walaupun semasa dirumah luar atau tempat awam. Bra yang mesra untuk penyusuan dan memudahkan para ibu menyusukan bayi ketika berada dimana sahaja. 




Diperbuat daripada material yang fabrik mudah untuk payudara bernafas dan fabrik yang mudah memeri ( stretchable ) serta tidak panas. Ibu hamil sangat memerlukan fabrik seperti ini kerana kadang kala ibu hamil akan berasa panas dan ianya sangat sesuai dipakai setiap hari kerana fabrik ini tidak menyebabkan kita berasa panas dan tidak berpeluh. Sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia yang selalu panas dan sedikit hujan.




Ianya tidak mempunyai dawai atau besi dan ummi berasa sangat selesa kerana materialnya yang lembut dan mudah untuk payudara bernafas dan tidak berpeluh.






 Terdapat 4 baris cangkuk di belakang bra supaya ummi boleh mengubahkan ikut kesesuaian untuk keselesaan semasa memakainya. Mudah dan senang kan.. tak perlu nak tukar jenis bra lain jika payudara membesar atau mengecil nanti..hehe.. Yang bestnya, dapat Free matching bra extender sekali :D




Mempunyai span pada cup untuk melindungi puting payudara yang sedang sensitif dan memberikan lebih keselesaan ketika memakainya. Span boleh dibuka atau ditanggalkan ketika membasuh bra. Payudara juga mudah untuk bernafas melalui ruang span yang ada didalam cup tersebut.


Sentiasa memberi sokongan kepada pemakai untuk mengelakkan payudara kendur atau semasa payudara sedang membesar ketika hamil. Seperti semua ibu atau bakal ibu tahu, payudara kita akan membesar ketika hamil dan menyusu dan semestinya bra ini dapat menampung memberikan sokongan yang selesa semasa payudara membesar hari demi hari

Fabrik yang berkualiti dan tidak mudah berpeluh apabila dipakai


Selain itu, Hips Wrap Plus+ Shapee adalah satu satu produk yang ummi akan cuba pakai selepas bersalin nanti semasa berpantang. Material yang lembut pada kulit ibu untuk memakai sepanjang hari semasa berpantang dan bila-bila masa sahaja.. tak sabar nak mencuba pakai nanti..hehe



Fabrik yang sangat lembut untuk kulit para ibu


Persediaan semasa lepas bersalin juga amat penting. Ummi juga akan memakai panties pakai buang dari Shapee untuk memudahkan proses semasa berpantang nanti. Panties pakai buang adalah amat penting untuk ibu selepas bersalin dan semasa berpantang terutamanya ketika ummi masih berada di hospital. Disposable Ladies' Cotton Panties mempunyai empat helai didalam satu paket dan di bungkus satu persatu di dalam plastik untuk memudahkan ibu memakainya nanti.




Kesimpulannya, ummi sangat suka produk Shapee yang dipakai sejak hamil dan akan pakai juga selepas bersalin nanti seterusnya untuk penyusuan susu ibu bersama bayi yang akan lahir nanti, ummi akan membuat review seterusnya untuk produk yang akan diguna pakai selepas bersalin.
Terima kasih yang sudi membaca. 

Untuk info lanjut boleh layari website Shapee :  https://www.theshapee.com/

Comments

Popular posts from this blog

Palmer’s Cocoa Butter Formula Creamy Cleanser & Makeup Remover

An unconventional cleanser product. Face cleansing is synonymously  associated with women. I have been using more than ten cleansing products for the past eleven to twelve years. What I could tell now that this one is dissimilar with hundreds of face cleansing products out there! Palmer's Cocoa Butter Formula Creamy Cleanser & Makeup Remover keeps the face moist with its no-foam formula. It cleans deeply and helps keeping my skin face fresh. I take this cleanser to workplace. Upon having wudhu to pray, using this cleanser certainly refresh the face skin and remove any makeup abscess without leaving it dry. After a tiring day at work, back home, cleaning up the face before sleeping is a good practice. It is a time saver as it removes any make-up while cleaning deep down the face. The smell? Oh I feel like licking it as it smells good, food-grade good since literally the Cocoa Butter is on my face. My hubby also loves to use it 😁 A beautifully crea...

Percutian di I-City Shah Alam

Pada 1 Januari 2019 jatuh pada hari Selasa dan Negeri Selangor juga cuti umum pada hari tersebut. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk bercuti sambil menyambut tahun baru 2019. Kami mengambil keputusan untuk staycation di Shah Alam. Suami saya telah menempah sebuah rumah di I-Suite berdekatan I-City untuk kami bermalam sambil menyambut malam tahun baru. I-Suite : pemandangan dari dalam rumah sangat cantik Husna dan Didi tiada terpisah :D Husna boleh main bola lagi dalam rumah ini Rumah yang sangat luas dan sangat selesa. Pada waktu petang, kami berjalan-jalan sekitar I-Suite kerana ada taman yang cantik. Pelbagai taman yang bertema seperti tema Harry Potter dan sebagainya. I-Suite ini memang tempat yang sangat sesuai untuk percutian keluarga disambil menikmati pelbagai pemandangan yang cantik dan boleh bergambar untuk kenangan. I-Suite cantik sangat bangunan ini kan Antara taman di I-Suite Taman Unta kot yang ni..haha Taman LOVE..pali...

Ultra Wide Neck Baby Bottle - He or She

First impression when unboxing this amazing bottle is that its nipple is 100% silicone, soft, flexible and designed for optical compression (like mother's teat for breastfeeding baby). We also could adjust the flow of the teat as the needle is provided to extend the teat's width. ( S flow to X flow) Futhermore, it is made from silicone with antibacterial material and BPA free . Easy to use, easy to wash and easy to feed baby to drink milk or water 👍🏻 It is very suitable for newborn baby to start learning to drink milk with baby bottle. Since the teat is definitely like mom's teat, a baby won't be confused when drinking the mom's milk from this bottle. Husna really enjoys this bottle till she could sleep by herself while drinking from this bottle. Now, it helps me a lot to make sure she could sleep without mom's teat. For new moms that are looking for new bottle for your baby, must try this amazing bottle. Use code : UMMI5 ...