Skip to main content

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat


Cerahi Kehidupan Bersama TOP: Dari 1 Disember hingga 31 Disember 2020

Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian, kanak-kanak tidak sabar ingin kembali ke sekolah pada tahun 2021. Namun wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam kalangan pelajar Orang Asli telah membantutkan rancangan mereka untuk kembali ke sekolah.

TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah[1], kini kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dengan matlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021.

Bagi mengurangkan risiko kanak-kanak ini dijangkiti COVID-19, TOP akan menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap kanak-kanak. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat kanak-kanak ini untuk hadir ke sekolah dan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan ibu bapa ini bahawa anak-anak mereka dilindungi daripada pandemik. 

Selama lima tahun ia berlangsung, kempen ini telah membantu kira-kira 2,500 orang kanak-kanak berumur antara 7 ke 17 tahun dari 79 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli, NGO anak yatim dan anak dari keluarga ibu bapa tunggal.

 Pelajar dari SK Pos Dipang, Perak gembira bermain bowling kelapa.



 Senyuman mesra dari pelajar SK Kudong, Johor, sekolah Orang Asli berprestasi tinggi yang telah menerima pelbagai penghargaan antaranya Sekolah Orang Asli terbaik, PIBG terbaik, PIBK terbaik, Pra-sekolah terbaik dan Surau Sekolah terbaik.


 Pelajar Orang Asli di SK Terisu, Pahang gembira bila bersama.


Dengan kerjasama JAKOA, TOP telah menyenarai pendek sekolah yang dihadiri sepenuhnya oleh pelajar Orang Asli dari komuniti yang paling terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik, di samping meraikan kepelbagaian, pencapaian dan ketabahan komuniti ini. Tiga buah sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah adalah SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berpretasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental dalam pemulihan selepas tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil dan terjejas mata pencarian.

Dana akan dikutip menerusi sumbangan sebanyak RM0.30 dari jualan produk detergen TOP di pasaraya TESCO dan TESCO Online dari 1 Disember ke 31 Disember 2020. JAKOA akan menghantar kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada komuniti Orang Asli menjelang 15 Januari 2021 sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baharu.

TOP dari Lion Jepun tekenal dengan konsep kehidupan yang bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. TOP Micro-Clean dengan teknologi Anti-Sebum menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan berkesan.

TOP Super Hygienic and Odour Buster: Sesuai untuk basuhan baju seragam sekolah dan pelitup muka, menghapuskan 99.9% bakteria dan bau hapak.


“Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling terjejas mata pencarian akibat COVID-19. Dalam kerjasama kami dengan JAKOA, kami telah mengenalpasti penambahan pelitup muka jenis kain boleh guna semula sebagai satu cara untuk membendung penularan COVID-19 dengan melindungi kanak-kanak dan pada masa yang sama meringankan beban kewangan keluarga mereka.”

TOP memasukkan pelitup muka tiga lapis guna semula dengan penapis tersedia dalam saiz kanak-kanak ke dalam kelengkapan kembali ke sekolah kerana pelitup muka jenis ini tahan lama dan ekonomi dalam jangka masa panjang berbanding pelitup muka jenis pakai buang. Sebagai melengkapkan usaha kelestarian ini, TOP akan menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap keluarga Orang Asli bagi menyediakan serbuk pencuci berprestasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan lebih sempurna termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup muka kain.

“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic Powder dan cecair pencuci TOP Odour Buster Liquid Detergent amat sesuai digunakan terutamanya pada musim pandemik kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum dan ia juga mempunyai wangian anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau hapak, bau peluh dan menanggalkan sebum yang terperangkap. Kempen ini telah mendapat sambutan baik pengguna TOP selama lima tahun kebelakangan ini. Kami berharap mereka akan terus menyokong ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ pada tahun ini kerana keperluan kali ini lebih memerlukan,” kata Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li.

Kempen ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025[2] yang menekankan pemulihan nasib pelajar Orang Asli menerusi kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mendekati ibu bapa dan komuniti bagi mengubah sistem pendidikan. Ia juga tepat pada masanya di saat negara sedang dilanda gelombang ketiga COVID-19.

 

“Pandemik yang melanda ini secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Orang Asli. Ada keluarga yang berasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka kerana tidak mampu membeli pelitup muka, namun tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam bidang akademik. Pembelajaran secara dalam talian agak sukar bagi komuniti ini yang tiada sambungan internet dan peranti elektronik yang diperlukan di rumah malah guru-guru perlu menghantar kerja rumah terus ke rumah para pelajar. Komuniti Orang Asli dan JAKOA mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen kembali ke sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dan penambahan pelitup muka kain guna semula yang pasti akan membantu melindungi kanak-kanak, memberi keyakinan dan meringankan beban ekonomi ibu bapa,” kata Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo.

 

Semasa tempoh kempen dari 1 hingga 31 Disember 2020, produk detergen TOP akan ditawarkan pada harga istimewa di semua pasar raya TESCO dan TESCO online.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.




Mengenai Southern Lion Sdn Bhd

Southern Lion Sdn Bhd ialah syarikat kerjasama 50/50 di antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia terus menambah baik kualiti kehidupan pengguna di Malaysia dengan menawarkan produk-produk isi rumah seperti penjagaan fabrik, kediaman, kecantikan dan oral yang inovatif pada harga mampu milik. Southern Lion merupakan syarikat pengeluar bahan cucian pertama yang menerima persijilan ISO 9001.

Pengguna boleh mendapat manfaat TOP Micro-Clean Tech dalam basuhan mereka melalui serbuk pencuci TOP iaitu Super White, Super Hygienic, Blooming Freshness, Super Colour dan Silky Miracle. Bagi pengguna rangkaian cecair pencuci TOP, mereka boleh memilih antara Stain Buster, Brilliant Clean, Blooming Pleasures, Odour Buster, Colour Protect dan Silky Miracle. TOP Micro-Clean Tech juga terdapat pada Super Low Suds dan Super Low Suds Blooming Garden (serbuk pencuci) dan Smart Clean in Low Suds Formula (cecair pencuci) yang dirumus khas untuk mesin basuh muatan depan untuk basuhan yang lembut, cekap dan berkesan.


[1] http://aaaa.org.my/putrabrandawards/

[2] Malaysian Education Blueprint (MEB) 2013-2025 https://www.moe.gov.my/dasar/1207-malaysia-education-blueprint-2013-2025/file


Comments

Popular posts from this blog

Ultra Wide Neck Baby Bottle - He or She

First impression when unboxing this amazing bottle is that its nipple is 100% silicone, soft, flexible and designed for optical compression (like mother's teat for breastfeeding baby). We also could adjust the flow of the teat as the needle is provided to extend the teat's width. ( S flow to X flow) Futhermore, it is made from silicone with antibacterial material and BPA free . Easy to use, easy to wash and easy to feed baby to drink milk or water 👍🏻 It is very suitable for newborn baby to start learning to drink milk with baby bottle. Since the teat is definitely like mom's teat, a baby won't be confused when drinking the mom's milk from this bottle. Husna really enjoys this bottle till she could sleep by herself while drinking from this bottle. Now, it helps me a lot to make sure she could sleep without mom's teat. For new moms that are looking for new bottle for your baby, must try this amazing bottle. Use code : UMMI5 ...

Percutian di I-City Shah Alam

Pada 1 Januari 2019 jatuh pada hari Selasa dan Negeri Selangor juga cuti umum pada hari tersebut. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk bercuti sambil menyambut tahun baru 2019. Kami mengambil keputusan untuk staycation di Shah Alam. Suami saya telah menempah sebuah rumah di I-Suite berdekatan I-City untuk kami bermalam sambil menyambut malam tahun baru. I-Suite : pemandangan dari dalam rumah sangat cantik Husna dan Didi tiada terpisah :D Husna boleh main bola lagi dalam rumah ini Rumah yang sangat luas dan sangat selesa. Pada waktu petang, kami berjalan-jalan sekitar I-Suite kerana ada taman yang cantik. Pelbagai taman yang bertema seperti tema Harry Potter dan sebagainya. I-Suite ini memang tempat yang sangat sesuai untuk percutian keluarga disambil menikmati pelbagai pemandangan yang cantik dan boleh bergambar untuk kenangan. I-Suite cantik sangat bangunan ini kan Antara taman di I-Suite Taman Unta kot yang ni..haha Taman LOVE..pali...

Percutian ke Hatyai Thailand

Husna dah ready nak ke Hatyai Hatyai trip Februari 2019  Menaiki train dari Padang Besar ke Hatyai Sebelum cop Thailand imegresen, wajib cop borang menyatakan tujuan masuk Thai dengan details tempat tinggal disana (wajib ada pen sendiri untuk senang isi borang) Train ke Hatyai : 50 baht seorang dewasa (kanak-kanak percuma) Tuktuk uncle Phie Boon : bagusnya uncle ni dia boleh bercakap dalam English Hari Pertama 600 bath (11 pagi - 10 malam) Hari kedua 1000 baht untuk satu hari (8 pagi - 10 malam) Hari ketiga 200 bath (12 t/hr - 3 ptg) Uncle Phie Boon (baju biru ye) Kami call dan booking Uncle Boon sebelum naik train dan dia berjanji akan tunggu kami di stesen Hatyai. Simcard Thailand kami beli semasa menunggu train di stesen keretapi Padang Besar. Sampai di Thailand lebih kurang pukul 11.50 (waktu Thai) Simcard Thai (boleh dibeli di stesen keretapi Padang Besar, minta dia masukkan dan register terus. Valid 3-4 hari unlimited data) Transport kami a...