Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’
Bantu 420 Pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan Kembali ke Sekolah termasuk
Pelitup Muka Guna Semula untuk Perlindungan Covid-19, Hasil Sumbangan Rakyat
Malaysia
Disokong oleh TESCO dan Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA)
Kuala Lumpur, 8 Februari 2020 – Permulaan sekolah tahun 2021 melakar sejarah apabila
Malaysia diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi melawan
pandemik Covid-19. Para pelajar terpaksa meneruskan pelajaran daripada rumah
bagi memastikan generasi muda tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun
keadaan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik, termasuk ekonomi golongan
seperti Orang Asli.
Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling teruk
terjejas ekonominya. Banjir yang melanda baru-baru ini di Johor, Pahang dan
Perak turut menyebabkan aktiviti ekonomi tergendala dan pada masa yang sama,
mereka bimbang anak-anak mereka dijangkiti wabak Covid-19. Namun di sebalik
halangan ini, keluarga Orang Asli masih bersemangat supaya anak-anak mereka
meneruskan persekolahan demi menjamin masa depan.
TOP, pemenang anugerah Platinum
Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah[1],
dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang disokong oleh TESCO dan
JAKOA, kena pada masanya bagi membantu 420 orang pelajar Orang Asli dari enam
buah sekolah di Pahang, Perak dan Johor dengan kelengkapan kembali ke sekolah
termasuk dua pelitup muka guna semula bagi setiap pelajar untuk perlindungan
daripada Covid-19, dan serbuk pencuci TOP untuk basuhan sebersih-bersihnya
pakaian sekolah untuk tahun persekolahan 2021 ini. Dana yang dikutip menerusi
kempen ini lebih daripada jangkaan dan membolehkan TOP membantu 60 orang lagi
pelajar sebagai tambahan kepada sasaran asal iaitu 360 orang pelajar.
Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian
Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
TESCO, JAKOA dan pengguna jenama TOP atas sokongan mereka membina masa depan
yang lebih cerah untuk anak-anak Orang Asli di masa sukar ini.
Wakil dari SK Pos Dipang, Perak menerima set lengkap Kembali-ke-Sekolah dari TOP oleh Timbalan Pengarah Jakoa Negeri Perak, Khairul Anuar Bin Che Zakaria (kiri), kepada 107 pelajar Orang Asli. |
“Berdasarkan trend perbelanjaan pengguna, kami menjangka
kutipan dana yang jauh lebih rendah, namun pengguna TOP yang berbelanja di
Tesco tampil menyokong kempen kami kerana pendidikan dan kesihatan anak-anak
Orang Asli merupakan usaha penting bagi mereka dan juga kami. Kami amat gembira
dengan sikap prihatin dan kemurahan hati pengguna TOP. Walaupun pasukan kami
tidak melawat sekolah-sekolah Orang Asli tahun ini demi menjaga kesihatan
semua, matlamat kami melengkapi pelajar dari segi akademik dan membantu mereka
melindungi diri daripada Covid-19 tetap diteruskan. Pasukan JAKOA membantu
dengan menyalurkan maklumat dari lapangan dengan cekap di samping sokongan
logistik bagi menyampaikan barangan keperluan pelajar ini ke komuniti yang
terpencil. Terima kasih daripada kami buat semua termasuk Jabatan Pendidikan
Negeri yang terlibat, para guru dan ketua-ketua kampung Orang Asli. Masa depan
420 orang anak Orang Asli kini lebih cerah hasil sumbangan anda!” jelas Cik
Ling.
Ketua Bahagian Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial
Korporat Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Cik Hanim Hamdan berkata, Tesco
sebagai firma peruncit terkemuka menyokong penuh matlamat kempen dan memilih
untuk menyumbang botol air dan bekas makanan. Ini bagi membantu pelajar Orang
Asli mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 iaitu penjarakan
fizikal.
“Matlamat kempen Cerahi Kehidupan
Bersama TOP adalah sejajar dengan nilai yang dipegang oleh TESCO iaitu “Setiap
Bantuan Walau Sekecil Mana Pun Akan Membuahkan Hasil Yang Besar”. Kami berbesar
hati dapat menjadi rakan runcit TOP bagi kempen ini buat tahun kedua
berturut-turut kerana kempen ini berjaya membawa hasil positif kepada komuniti
yang terjejas seperti ini. Pasukan kami memilih untuk menyumbangkan botol air untuk
menggalakkan pelajar minum air dengan cukup dan bekas makanan untuk membawa
bekal dari rumah bagi memelihara penjarakan fizikal dan kebersihan dengan makan
secara berasingan di kala ancaman Covid-19 masih wujud. Harapan kami semoga
kita semua dapat menjaga diri dengan mematuhi SOP pada masa ini,” kata Cik
Hanim.
Sekolah rendah Orang Asli yang
menerima kelengkapan kembali ke sekolah termasuk SK Kampung Kudong, sebuah
sekolah Orang Asli berprestasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok, Johor; SK
Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental membina
semula setelah tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron
Highlands, Pahang yang terpencil. Pelajar Orang Asli dari SK Kenering, SK Pahit
dan SK Batu 4 di Perak turut menerima sumbangan.
Walaupun terdapat sekatan
pergerakan rentas negeri dan banjir di beberapa kawasan, pasukan JAKOA berjaya
mengatur penghantaran 150 karton kelengkapan kembali ke sekolah serba baharu
terdiri daripada pakaian seragam, kasut, stoking, beg sekolah, alat tulis,
kotak pensel, pensel warna, buku latihan, botol air, bekas makanan, dua helai
pelitup muka guna semula dan satu pek 750gm serbuk pencuci TOP Super Hygienic
untuk setiap pelajar, di samping alatan pendidikan seni dan ukulele untuk
sekolah. Sumbangan ini diharap dapat melindungi para pelajar ini daripada wabak
Covid-19, menyuntik semangat untuk kembali ke sekolah dan meringankan beban
kewangan para ibu bapa.
Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo, memuji TOP, TESCO,
pasukan JAKOA, para guru dan orang awam yang telah bermurah hati menyumbang
kepada kempen ini.
“Ramai dalam kalangan komuniti Orang Asli tidak mempunyai
ekonomi yang kukuh. Pandemik Covid-19 telah menjejaskan lagi mata pencarian
mereka manakala banjir yang melanda turut menghalang proses pemulihan
sesetengah kampung. Kempen kembali ke sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP
adalah tepat pada masanya kerana ia meringankan beban kewangan ibu bapa,
memberi motivasi dan melengkapi anak-anak ini untuk kembali ke sekolah, di
samping sumbangan pelitup muka guna semula yang melindungi daripada wabak
Covid-19. Kami dapat melihat keprihatinan terhadap komuniti Orang Asli dalam
kempen tahun ini dengan tambahan sumbangan serbuk pencuci TOP Super Hygienic
bagi setiap pelajar dan satu kilogram serbuk pencuci TOP untuk kira-kira 3,000
orang penduduk kampung yang amat kami alu-alukan. Kemurahan hati rakyat
Malaysia, TOP dan Tesco ini akan sentiasa diingati,” kata Prof Juli Edo.
Pasukan logistik JAKOA yang membantu menghantar lebih 200
karton serbuk pencuci TOP membawa keceriaan kepada ratusan keluarga Orang Asli
dengan meringankan beban kewangan dan memberi semangat kepada anak-anak mereka
untuk bersekolah.
TOP
dari Lion Jepun terkenal dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan menggalakkan
cucian pakaian yang lebih bersih, keselesaan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi
inovasi teknologinya. Teknologi Micro-Clean
yang termasyhur menanggalkan kotoran
ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan begitu berkesan supaya
kebersihan basuhan adalah lebih terjamin.
TOP menyumbangkan serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap
pelajar dan kira-kira 3,000 orang penduduk kampung bagi memberi mereka serbuk
pencuci berprestasi tinggi yang mampu mencuci pakaian mereka dengan
sebersih-bersihnya termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup separa muka
kain.
“Serbuk pencuci TOP Super
Hygienic dan cecair pencuci TOP Odour Buster amat sesuai digunakan terutamanya semasa
pandemik ini kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria[2]* untuk
perlindungan maksimum. Ia juga mempunyai teknologi anti peluh berprestasi tinggi
bagi menghilangkan bau peluh dari
pakaian yang sangat kotor, memberi keharuman yang menyegarkan kepada fabrik,”
tambah Cik Ling. Berlangsung selama enam tahun berturut-turut, Kempen Cerahi Kehidupan
Bersama TOP memberi motivasi kepada pelajar dari komuniti terjejas dan isi
rumah B40 untuk berusaha mencapai kemajuan dengan merangsang keyakinan diri dan
harga diri serta mendidik para pelajar mengenai penjagaan pakaian supaya kekal
bersih. Kempen ini telah membantu hampir 2,900 kanak-kanak sekolah berusia
antara 7 ke 17 tahun dari 85 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli dan
NGO anak yatim serta anak-anak ibu/bapa tunggal.
Menurut Tok Batin
masyarakat Kampung Orang Asli Sg. Getan, Pos Terisu, Cameron
Highlands, Pahang, ahli
komunitinya amat gembira dengan bantuan yang diterima memandangkan ramai yang
sedang menanggung beban kewangan dan bimbang akan keselamatan anak-anak mereka
apabila kembali ke sekolah.
“Terima kasih kepada
TOP, Tesco, JAKOA dan semua yang tidak melupakan kami. Bantuan ini benar-benar
meringankan beban yang kami tanggung. Banyak keluarga di kampung kami tidak
mampu membeli pelitup muka untuk anak-anak mereka, namun masih mahukan
anak-anak ini mendapat pendidikan yang sempurna supaya boleh berjaya. Anak-anak
kami amat teruja dan gembira menerima kelengkapan kembali ke sekolah manakala
ibu bapa berasa lebih yakin dengan perlindungan yang disediakan iaitu pelitup
muka. Terima kasih juga atas sumbangan serbuk pencuci TOP. Inilah semangat
sebenar #kitajagakita!” kata Ahmad bin Nanggong.
Cerahi Kehidupan Bersama TOP,
2015 to 2020
Tahun |
Jumlah Pelajar yang Mendapat Manfaat |
NGO/Komuniti |
2015 |
440 |
20 |
2016 |
400 |
16 |
2017 |
439 |
18 |
2018 |
500 |
18 |
2019 |
674 |
7 |
2020 |
420 |
6 |
Total |
2,873 |
85 |
- T A M A T –
Mengenai Southern Lion Sdn
Bhd
Southern Lion Sdn Bhd ialah syarikat kerjasama 50/50 di antara Lam
Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia terus menambah baik kualiti
kehidupan pengguna di Malaysia dengan menawarkan produk-produk isi rumah
seperti penjagaan fabrik, kediaman, kecantikan dan oral yang inovatif pada
harga mampu milik. Southern Lion merupakan syarikat pengeluar bahan cucian
pertama yang menerima persijilan ISO 9001.
Pengguna boleh mendapat manfaat TOP Micro-Clean Tech dalam basuhan mereka melalui serbuk pencuci TOP iaitu Super White, Super Hygienic, Blooming Freshness, Super Colour dan Silky Miracle. Bagi pengguna rangkaian cecair pencuci TOP, mereka boleh memilih antara Stain Buster, Brilliant Clean, Blooming Pleasures, Odour Buster, Colour Protect dan Silky Miracle. TOP Micro-Clean Tech juga terdapat pada Super Low Suds dan Super Low Suds Blooming Garden (serbuk pencuci) dan Smart Clean in Low Suds Formula (cecair pencuci) yang dirumus khas untuk mesin basuh muatan depan untuk basuhan yang, cekap dan berkesan.
Comments
Post a Comment