Kuala Lumpur: “Kebaikan hati merupakan bahasa yang
boleh didengari oleh mereka yang kurang upaya pendengaran dan mampu dilihat oleh
golongan kurang upaya penglihatan.” – Mark Twain. Sekali lagi, Tokio Marine
Life Insurance Malaysia Bhd (TMLM) menyebarkan kebaikan
sepanjang tempoh yang sukar ini dengan memberikan sumbangan kepada 5 NGO
berbeza di Pulau Pinang.
“Tokio
Marine sentiasa berusaha untuk menerapkan nilai syarikat yang baik dan saya berpendapat
bahawa projek berterusan ini adalah salah satu daripada komponen penting.
Sumbangan kepada NGO Pulau Pinang berkenaan akan menjadi projek kedua kami
selepas sumbangan peranti di Lembah Klang, dan kami amat teruja berupaya
meneruskan usaha ini!” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TMLM, Encik
Yoshiaki Okabe.
Syarikat berkenaan mendermakan sejumlah komputer
terpakai, pelbagai jenis barangan runcit dan barangan keperluan, permainan
pendidikan dan perabot kepada Shan Children’s
Home, The Salvation Army Penang Children’s Home, Pusat Jagaan Sinar Ceria, St
Joseph’s Home dan Special Children’s Centre Penang.
“Di tengah peningkatan kes virus COVID-19 di Malaysia, lebih ramai pihak perlukan
akses kepada computer, memandangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan
bekerja secara bersemuka hampir mustahil sepanjang pandemik ini,” tambah Encik
Okabe.
Daripada berakhir di tapak pelupusan yang ternyata
sudah menimbun, komputer yang masih boleh digunakan ini memiliki nafas baru
untuk golongan NGO berkenaan. Semua komputer tersebut dipasang dengan perisian
baharu bagi memastikan kepantasan maksimum apabila dimanfaatkan oleh pemilik baharunya.
“Kami amat berterima kasih atas segala ihsan daripada TMLM. Secara jujurnya, waktu sememangnya sukar sejak pandemik melanda dan komputer
ini hadir pada waktu yang sangat tepat memandangkan anak-anak ini akan sibuk
dengan aktiviti dalam talian sehingga wabak COVID-19 ini reda,” kata Naib
Pengerusi Shan Children’s Home,
Encik Kurunathan.R.
The Salvation Army Penang Children’s
Home yang
terkenal dengan kerja-kerja penjagaan penghuninya, menerima 4 komputer, makanan
kering, dan barangan keperluan isi rumah daripada TMLM. Sebagai tambahan,
mereka juga menerima barangan keperluan seperti botol cecair pembasmi kuman dan
pelitup muka.
“Apabila kami menerima barangan ini daripada TMLM, kami agak terkejut dengan sumbangan
yang bermakna ini. Tidak banyak pertubuhan memikirkan tentang kami ketika
tempoh yang sukar ini, dan kami sangat berterima kasih,” kata Penolong
Superintendan The Salvation Army Penang, Becky Lurence.
Sejak beberapa tahun lalu, Pusat Jagaan Sinar Ceria menyediakan
tempat yang selamat dan bersih buat kanak-kanak yang terabai untuk menjalani
kehidupan dan mereka menerima 4 komputer, makanan kering dan barangan isi rumah
daripada TMLM.
“Sepanjang pandemik ini, kami bekerja keras untuk
membantu golongan kurang bernasib baik dan ia begitu melegakan dengan melihat syarikat besar seperti TMLM melakukan
perkara serupa! Terima kasih TMLM,”
kata Pengurus Pusat Jagaan Sinar Ceria, Anita Vasu.
St Joseph’s Home telah menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak
daripada pelbagai latar belakang selama bertahun lamanya. Misinya adalah untuk
menyempurnakan keperluan kanak-kanak miskin dan membantu mereka untuk
mendapatkan pendidikan yang baik serta membina kemahiran hidup yang tepat
supaya mereka bakal menjadi golongan dewasa yang berguna. Mereka menerima
makanan segar dan kering, selain daripada barangan isi rumah.
“Kami menghargai usaha daripada TMLM ini. Terima kasih TMLM, anda sememangnya memberi
sumbangan penting buat kami sepanjang waktu yang mencabar ini,” kata Ahli
Lembaga St Joseph’s Home, Iruthaya Das Arulanadam.
Bagi Special
Children’s Centre Penang pula, TMLM mendermakan 4 komputer dan pelbagai
alat permainan pendidikan untuk kanak-kanak di rumah perlindungan berkenaan.
“Dengan beberapa gelombang COVID 19 melanda, kami telah menjalani kehidupan dalam tempoh yang tidak dapat dijangka dan kami amat berterima kasih atas sumbangan daripada TMLM. Terima kasih yang tidak terhingga,” kata Pengetua Special Children’s Centre Penang,Katijah Bakar.
Sekiranya anda ingin menghulurkan sumbangan kepada NGO
ini, sila layari laman sesawang/Facebook seperti berikut:
NGO |
Emel |
Nombor Telefon |
Shan
Children’s Home |
schome_07@yahoo.com |
012-471 3042 |
The
Salvation Army Penang Children’s Home |
Becky.Lurence@smm.salvationarmy.org |
016-852 6150 |
Pusat
Jagaan Sinar Ceria |
sinarceria78@gmail.com |
012-468 2058 |
St
Joseph’s Home |
iruthayadas@gmail.com |
019-288 2202 |
Special
Children’s Centre Penang |
sccpenang@gmail.com |
016-470 5895 |
Comments
Post a Comment