Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut SHAH ALAM, 27 Jun, 2022 – Sementera Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) mengalami penurunan di Malaysia dengan 106,477 kes dilaporkan se hingga 1 8 Jun 2022, ia masih meningkat kira-kira 39 kali ganda berbanding 2, 710 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia. Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, namun orang dewasa dan kanak-kanak yang umur lebih tinggi juga akan menghadapi risiko. HFMD amat mudah merebak, dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah tempat yang paling mudah untuk menjangkiti HFMD disebabkan oleh latihan ke tandas, penukaran lampin serta kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam mulut. Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk melindungi si kecil? Dalam me...