Antabax dan R.E.A.L Kids
Berganding untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
SHAH ALAM, 27 Jun, 2022 – Sementera Penyakit
Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) mengalami
penurunan di Malaysia dengan 106,477 kes dilaporkan sehingga 18 Jun 2022, ia masih meningkat
kira-kira 39 kali ganda berbanding 2,710 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, menurut laporan terkini
Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Penyakit
Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak
di bawah umur 5 tahun, namun orang dewasa dan kanak-kanak yang umur lebih
tinggi juga akan menghadapi risiko.
HFMD
amat mudah merebak, dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah tempat yang paling
mudah untuk menjangkiti HFMD disebabkan oleh latihan ke tandas, penukaran
lampin serta kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam mulut.
Apakah yang
boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk melindungi si
kecil?
Dalam memerangi HFMD bersama-sama ibu bapa Malaysia, Antabax, jenama penjagaan
diri antibakteria Halal yang terkemuka di Malaysia bekerjasama dengan R.E.A.L
Kids, rangkaian tadika yang dikendali oleh
pemilik terbesar di negara ini dengan 45 pusat dan 3,600 pelajar di seluruh negara
melengkapkan pelajar, guru dan kakitangan dengan set penjagaan Antabax bagi kelengkapan kebersihan diri , dan bahan pendidikan kreatif
untuk meningkatkan kefahaman berkaitan hal
yang boleh dan tidak boleh tentang HFMD.
“Sebagai jenama terkemuka
dalam kebersihan dan sanitasi untuk pengguna, Antabax komited dalam menyediakan pendidikan dan akses berterusan untuk meningkatkan
tabiat serta bersama-sama mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan bersih.
Penjagaan diri dan kebersihan yang baik terutamanya kebersihan tangan boleh
membantu mencegah penularan HFMD. Melalui penyelesaian produk Antabax, kami
percaya bahawa ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendidik
kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat permbersihan tangan sebelum dan selepas
makan, serta sebelum dan selepas ke tandas, selepas aktiviti berkumpulan atau
menyentuh permukaan yang kurang bersih, dan elakkan berkongsi atau menyentuh
kanak-kanak lain, berkongsi botol air, makanan atau mainan. Sediakan cecair pembasmi kuman dan tunjukkan cara penggunaan kepada anak anda,
dan juga masa bila menggunakannya! Kami selamat dengan tangan yang bersih,” ujar Chua Su Fee, Pengurus Pemasaran dari Antabax. Beliau
seterusnya berkata aktiviti ini hanyalah permulaan komitmen jangka panjang
Antabax untuk terus menyumbang
dan membawa impak positif kepada keluarga Malaysia.
Berkongsi
pengalaman bekerjasama dengan Antabax, Ng Ming-yan, Pengurus Operasi di R.E.A.L
Kids berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Antabax sekali lagi,
kerana jenama ini terus mendidik dan memupuk
kesedaran tentang penyakit berjangkit ini untuk kanak-kanak melalui idea
kreatif dan pada masa yang sesuai. Kami juga akan
mengingatkan ibu bapa untuk membina tingkah
laku kebersihan yang baik di rumah, dan mengelap barang-barang anak kecil untuk mengurangkan
penularan. Sentiasa mengingatkan anak anda untuk jauhi tangan mereka dari
mulut, dan tidak perlu menghantar mereka ke sekolah jika tidak sihat tetapi
bawa mereka ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.
Antabax akan berkongsi bahan
pendidikan dan cara untuk mengurangkan penularan HFMD, yang bakal diedarkan kepada semua pelajar R.E.A.L Kids di seluruh
negara. Kandungan termasuklah perbincangan kreatif dan helaian aktiviti yang disediakan
oleh guru-guru dan penjaga-penjaga untuk para pelajar
memahami cara-cara mengurangkan risiko HFMD. Jenama ini terus memainkan peranan sebagai pendorong untuk
menggalakkan ibu bapa, pelajar dan guru untuk kembali ke kegiatan harian dengan menekankan amalan kebersihan diri yang baik,
selaras dengan tema #BaxInAction.
Jenama ini akan menyumbang
produk mereka termasuk semburan antibakteria sanitizer, sabun buku dan tisu lap
antibakteria yang mampu membunuh 99.9% kuman dan memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa tentang kebersihan anak mereka.
Baucer promosi
yang boleh digunakan untuk pembelian produk
Antabax teleh disediakan bagi menyokong ibu bapa dalam pembelian seterusnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Antabax, sila layari http://www.lamsoon.com.my/ atau ikuti kami di Facebook https://www.facebook.com/Antabax.Malaysia/ dan di Instagram https://www.instagram. com/antabax.
Mengenai
Antabax
Antabax, ditubuhkan pada tahun 2004, iaitu jenama penjagaan diri
antibakteria terkemuka di Malaysia. Dirumus khas dengan Teknologi Derma
Protect, produknya mengandungi Micro Moisture Serum dengan vitamin kulit,
menjadikan kulit lebih licin dan sihat untuk memastikan individu dilindungi
daripada jangkitan kuman. Produk ini diuji secara dermatologi, di mana
rangkaian termasuk krim mandian, sabun tangan, sabun buku, cecair
pembasmi kuman dan tisu lap pembersih dalam satu siri wangian kontemporari yang
bersesuain dengan mood.
Jenama
yang mendapat anugerah pengiktirafan halal turut
terkenal dengan komitmen dan penjagaannya ke arah membina komuniti yang lebih
aktif dan bersih. Didorong oleh inovasi, visi Antabax adalah untuk menjadikan
produk kesihatan dan kualiti kebersihan dalam
jangkauan semua, membina sikap yang baik yang boleh dikekalkan seumur hidup.
Sejak beberapa tahun lalu, Antabax telah bekerjasama rapat dengan
Kementerian Kesihatan dan institusi pendidikan swasta dalam kempen berkaitan
kebersihan. Antabax telah menganjurkan kempen, dipercayai antara kempen
kebersihan tangan melibatkan awam-swasta terbesar yang pernah dijalankan di
negara ini dengan tujuan mengurangkan penyakit berjangkit bawaan tangan dan
persediaan negara dalam menghadapi wabak yang berkemungkinan.
Antabax juga diiktiraf dan dikenali dalam kalangan pengguna dan industri, menerima pelbagai
anugerah dan pengiktirafan, seperti The BrandLaureate, Anugerah Perniagaan
Cemerlang The Star, Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Sin Chew, Anugerah
Keusahawanan Bertanggungjawab Asia, Anugerah HWB Watsons, antaranya.
Mengenai REAL Kids
REAL
Kids ialah rangkaian prasekolah yang dikendalikan oleh pemilik besar di
Malaysia dengan 45 pusat di seluruh negara. Sepanjang 35 tahun, kami telah
menyediakan pendidikan prasekolah berkualiti mampu milik kepada lebih 15,000
kanak-kanak. Dengan pelbagai program yang memenangi anugerah dan guru yang
terlatih, kami berdedikasi terhadap kerjaya dalam membentuk kanak-kanak menjadi
pintar, berbilang bahasa, gembira dan yakin. REAL Kids diiktiraf sebagai
prasekolah terbaik Malaysia dalam Anugerah Keibubapaan Pilihan Ibu Bapa selama
empat tahun berturut-turut.
Comments
Post a Comment