Dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia,
untuk umat Islam berpuasa selama sebulan sekaligus akan menyambut Hari Raya
pada tahun ini, rangkaian Restoran Makanan Segera
Halal Tempatan yang terbesar, Marrybrown memperkenalkan menu Riang Ramadan Raya yang mengetengahkan
masakan Rendang dan juga makanan tempatan lain – tersedia secara eksklusif di
sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya di semua cawangan Marrybrown mulai hari
ini sehingga stok masih ada!
Marrybrown sekali lagi memperkenalkan
sajian tradisi masakan melayu iaitu Rendang sebagai salah satu menu Riang
Ramadan Raya yang menjadi sebahagian daripada matlamat mereka untuk memberikan
“tarikan tersendiri” kepada para pelanggan seperti Double Rendang Ayam Burger
dan Pai Nangka. Pada masa yang sama juga Marrybrown membawa kembali menu
kegemaran seperti Nasi Rendang Ayam dan Meriah Bucket MB, yang pastinya akan mengukir
senyuman kepada semua yang mencubanya.
“Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu
sambutan perayaan terbesar di Malaysia dan kami sebagai warga tempatan memang gemar
makanan yang sedap ketika berkumpul bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Rendang
mempunyai keunikan rasa yang lazat dan disukai ramai. Kami berharap dapat memberikan
suasana kampung kepada para pelanggan melalui menu kami,” Dato’ Joshua Liew,
Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown menjelaskan.
Penyokong Memang Best boleh menikmati
Double Rendang Ayam Burger yang tersedia dengan dua keping patti ayam yang
disalut kuah Rendang dengan rempah ratusnya. Pelanggan juga boleh memilih
Double Rendang Ayam Burger Combo yang tersedia dengan kentang goreng sederhana
dan satu minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM17.90. Bagi mereka yang gemar makanan
ala tradisional boleh memilih Nasi Rendang Ayam Combo yang juga tersedia dengan
minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM15.90.
Jika penggemar yang ingin mencuba
kedua-dua sajian Double Rendang Ayam Burger dan Nasi Rendang Ayam, anda boleh memilih
Riang Rendang Meal. Set yang tersedia ini lengkap dengan Double Rendang Ayam Burger, Nasi Rendang Ayam, MB BBQ Potato Chips, dan
minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM29.90. Sekarang anda
juga boleh menikmati produk baharu dari Marrybrown iaitu Pai Nangka yang boleh
dipesan dengan mana-mana set, berharga RM3.50. Set juadah bersama keluarga pula,
anda boleh memilih Meriah Bucket MB yang tersedia dengan 6 ketul ayam
dengan harga yang bermula dari RM49.90, dan Meriah Bucket MB 9 ketul ayam
dengan harga yang bermula dari RM63.90. Juga tersedia dengan cheesy wedges,
dua paket MB BBQ Chips, dan satu botol 1.5L Fanta Strawberry.
“Menu Riang Ramadan Raya Marrybrown tiba pada waktu yang tepat untuk sajian
bersama ahli keluarga dan sahabat handai di bulan yang mulia ini. Di
Marrybrown, kami senantiasa mencari inovasi dan meberi kepada para pelanggan untuk
menikmatinya pada setiap perayaan. Kami percaya bahawa menu Riang Ramadan Raya ini
akan menjadi tarikan buat semua di sepanjang bulan puasa dan Hari Raya
Aidilfitri,” kata Dato’ Joshua Liew.
Untuk menjadikan Bulan Ramadan lebih riang, Marrybrown telah menyumbangkan
barangan keperluan sekolah bernilai lebih RM10,000 melalui Persatuan Kebajikan
Marrybrown, dengan komitmen untuk membantu anak-anak yatim dari segi keperluan
persekolahan supaya mereka boleh menuntut ilmu dengan penuh yakin dan motivasi
bagi sesi tahun ini.
Marrybrown sehingga hari ini telah
melayani jutaan pelanggan dan mempunyai lebih dari 500 restoran di 16 negara
dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai
yang tertinggi untuk pengalaman makan yang terunggul.
Untuk maklumat
lanjut berkenaan Marrybrown, Aplikasi Marrybrown, promosi dan servis
penghantaran, sila layari:
Website: https://marrybrown.com/
MB App: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: Marrybrown Malaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV
Comments
Post a Comment