Apa Dalam Beg Mak 2 Anak? Rupanya ByeBye-FEVER Pun Ada!
Sebagai mak kepada dua orang anak, kalau keluar rumah memang susah nak keluar dengan beg yang kosong. 😂
Dalam beg mesti ada macam-macam — snacks untuk anak-anak, tissue, air minuman, barang kecil yang mungkin diperlukan sepanjang perjalanan dan macam-macam lagi.
Tapi kali ini, ada satu benda yang mungkin korang tak sangka ada dalam beg Ummi…
ByeBye-FEVER!
Cuaca Panas, Anak Pun Cepat Tak Selesa
Kita semua tahu cuaca di Malaysia memang boleh jadi panas, lebih-lebih lagi bila keluar berjalan bersama anak-anak.
Dalam satu outing, Ummi dan kids pun sempat berjalan di luar dalam cuaca panas. Bila dah lama di luar dan anak-anak mula rasa kurang selesa, memang kami cari tempat untuk berehat dan sambung aktiviti dengan lebih tenang.
Sebab itu Ummi suka bersedia dengan beberapa keperluan dalam beg — termasuk ByeBye-FEVER sebagai salah satu cooling essential yang boleh digunakan apabila diperlukan.
ByeBye-FEVER — Cooling Gel Sheet Yang Mudah Digunakan
Apa yang Ummi suka tentang ByeBye-FEVER ialah ia merupakan cooling gel sheet yang ready-to-use.
Tak perlu penyediaan yang rumit. Hanya keluarkan sheet daripada pek, tanggalkan lapisan pelindung dan letakkan pada kulit yang bersih dan tidak luka.
Bila digunakan, ia memberikan cooling sensation yang terasa menyegarkan. ❄️
Untuk jenis produk yang berkenaan, cooling sensation boleh bertahan sehingga 10 jam.
Nota: “Sehingga 10 jam” adalah untuk jenis produk yang berkenaan seperti yang dinyatakan pada maklumat produk.
Ada Untuk Kanak-Kanak & Orang Dewasa
Satu lagi perkara yang menarik untuk Ummi sebagai ibu ialah terdapat pilihan yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Untuk anak-anak, pastikan menggunakan jenis yang sesuai dengan umur mereka dan penggunaan dilakukan dengan pengawasan orang dewasa.
Untuk Ummi sendiri pun ada pilihan yang sesuai. Jadi bukan anak-anak sahaja yang boleh menikmati cooling moment — mak pun boleh standby satu untuk diri sendiri. 😂
Kenapa Ummi Suka Simpan Dalam Beg?
Bagi Ummi, bila keluar dengan dua anak, lebih baik kita bersedia dengan barang-barang yang mungkin diperlukan.
ByeBye-FEVER pula mudah untuk disimpan dan dibawa bersama, jadi bila memerlukan cooling moment, ia senang dicapai daripada dalam beg.
Kecil sahaja, tetapi boleh jadi salah satu benda yang Ummi suka standby apabila keluar bersama kids.
Boleh Dapatkan ByeBye-FEVER Di Watsons
Kalau korang pun nak standby ByeBye-FEVER untuk diri sendiri atau keluarga, boleh dapatkan di Watsons.
Sebelum membeli, pastikan pilih jenis yang sesuai untuk pengguna dan umur masing-masing.
Jadi… selepas ini kalau nampak beg mak dua anak yang nampak macam penuh dengan macam-macam barang, jangan pelik. 😂
Mana tahu dalam tu ada ByeBye-FEVER juga!
Happy ByeBye-FEVER Day! 🎉
10.10
ByeBye-FEVER ialah cooling gel sheet untuk memberikan cooling sensation. Ia bukan ubat dan tidak menggantikan nasihat perubatan. Hentikan penggunaan jika berlaku kemerahan, kegatalan atau iritasi. Untuk kanak-kanak dan bayi, gunakan jenis yang sesuai serta pengawasan orang dewasa.






🩷Best Cool Fever
ReplyDelete