Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat
Cerahi Kehidupan Bersama TOP : Dari 1 Disember hingga 31 Disember 2020 D engan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian, kanak-kanak tidak sabar ingin kembali ke sekolah pada tahun 2021. Namun wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam kalangan pelajar Orang Asli telah membantutkan rancangan mereka untuk kembali ke sekolah. TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah [1] , kini kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dengan matlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021. Bagi mengurangkan risiko kanak-kanak ini dijangkiti COVID-19, TOP akan menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap kanak-kanak. Sumban...